A Few Words

About Me

DARI ENGINEERING KE INSURANCE

Luthfi Suib

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web rasmi saya. 

Saya merupakan Perancang Kewangan Takaful Keluarga (Family Takaful) yang berdaftar dengan Zurich Takaful Malaysia Berhad sejak tahun 2018. 

Dalam masa yang sama, saya berdaftar sebagai Perancang Kewangan untuk General Takaful dibawah Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTM) dan Etiqa General Takaful Berhad bermula tahun 2022.

Saya mempunyai Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dari Politeknik Seberang Perai, pernah bekerja di beberapa syarikat pengeluaran (perkilangan) di sekitar Pulau Pinang sebelum masuk ke bidang Takaful.

PERKONGSIAN DI LAMAN SOSIAL

Takaful come from awareness, action and commitment

Sejak tahun 2018, saya mulakan perkongsian tentang Takaful di laman sosial terutamanya di Twitter. Alhamdulillah, perkongsian saya telah memberi manfaat kepada ramai pembaca dan pengikut akaun saya.

Dari perkongsian berkenaan, lebih daripada 200 orang telah saya bantu untuk dapatkan pelan perlindungan Takaful dan setiap bulan terdapat lebih daripada 10 orang renew Roadtax dan Takaful Kenderaan dengan saya.

As Featured In: